Follow us on

TMP Safety Day 2025

Tanjung Manis Integrated Port Sdn. Bhd. (TMP) telah mengadakan TMP Safety Day sebagai salah satu usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Salah satu pengisian sempena Safety Day ini adalah Taklimat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Demonstrasi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai jemputan dan warga kerja TMP yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif ini dapat memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan dalam organisasi kita.