Follow us on

TMP Safety Day – 29 Oct 2025

Tanjung Manis Integrated Port Sdn. Bhd. (TMP) telah mengadakan TMP Safety Day sebagai salah satu usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Salah satu pengisian sempena Safety Day ini adalah Taklimat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Demonstrasi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Pihak KKM telah menyampaikan taklimat bertajuk “Bahaya Rokok dan Vape serta Pengenalan kepada Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852)” yang memberi pendedahan tentang risiko penggunaan produk tembakau dan vape terhadap kesihatan serta langkah-langkah kawalan yang diperkenalkan di bawah akta baharu tersebut. Sementara itu, pegawai JBPM telah mengadakan demonstrasi penggunaan alat pemadam api dan berkongsi kaedah mencegah kebakaran daripada merebak di rumah, sebagai langkah meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi kecemasan terutamanya bila berada di rumah. Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai jemputan dan warga kerja TMP yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif ini dapat memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan dalam organisasi kita.