Thursday, 08 August 2024

TMP ORGANIZATIONAL ANTI-CORRUPTION PLAN (TMP OACP)

Plan ini dihasilkan bagi memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan iaitu "Mewajibkan Sektor GLC Untuk Membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi" dengan visi "Melahirkan Warga Organisasi Yang Berintegriti Tinggi" melalui penetapan misi "Melaksanakan Tadbir Urus, Integriti, Antirasuah Dan Penyampaian Perkhidmatan Yang Terbaik".

Bab 1 - memberi tumpuan kepada keperluan pembangunan TMP Organizational Anti-Corruption Plan (TMP OACP) mengambilkira impak iaitu sekiranya rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa tidak ditangani. Bab ini juga menjelaskan penilaian risiko yang dijalankan serta sektor yang dikenalpasti berisiko.

Bab 2 - memberi tumpuan kepada senario rasuah yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Sesi perbincangan senario telah dilaksanakan dalam mengenalpasti isu serta mengemukakan cadangan penyelesaian yang praktikal. Hasilnya (5) bidang strategi utama telah dikenalpasti.

Lima (5) bidang keutamaan dalam TMP OACP ialah:

  • Pengurusan Kewangan dan Perolehan/Pembelian
  • Pengurusan Kontrak
  • Pengurusan Projek
  • Pengurusan Aset
  • Tadbir Urus

Daripada lima (5) bidang keutamaan ini, 5 strategi telah dikenalpasti yang membawa kepada 15 objektif strategi yang memayungi 70 inisiatif yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun iaitu pada tahun 2021 - 2025.

Bab 3 - memfokuskan kepada mekanisme pelaksanaan dan pemantauan serta semakan semula dan pembaharuan TMP OACP. Ini bagi memastikan semua inisiatif yang dilaksana adalah bersesuaian dengan objektif yang dirangka. Ianya juga bagi memastikan jurang dalam pelaksanaan inisiatif supaya setiap perancangan dapat diselaraskan sewajarnya untuk mencapai hasrat yang ditetapkan.

Pelan ini memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak. Ianya akan menjadi panduan terbaik dalam menangani risiko rasuah, penyelewangan dan salahguna kuasa di TMP.


PENILAIAN RISIKO TANJUNG MANIS INTEGRATED PORT SDN. BHD.

Penilaian risiko berkaitan kelemahan rasuah, tadbir urus dan integriti rasuah telah dirangka berdasarkan data-data dari pelbagai sumber seperti berikut:

  1. Data-data dalaman organisasi seperti aduan, kes-kes tatatertib, laporan audit, Balanced Scorecard (BSC) dan penilaian risiko yang dilaksanakan.
  2. Data-data daripada agensi luar seperti Laporan Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

PUNCA UTAMA RASUAH DAN SALAH LAKU

  1. PEGAWAI KURANG BERINTEGRITI dalam mengalas tanggungjawab yang telah diamanahkan semasa menjalankan tugas
  2. KELEMAHAN PROSEDUR KERJA (SOP) membuka ruang dan peluang kepada warga kerja terlibat dengan jenayah rasuah
  3. KURANG PEMANTAUAN/PENYELIAAN menyumbang berlakunya jenayah rasuah
  4. MENGAMALKAN GAYA HIDUP MEWAH turut menjadi punca berlakunya jenayah rasuah
  5. KADAR KEBERHUTANGAN YANG SERIUS juga menyebabkan kakitangan terdedah kepada gejala rasuah sebagai jalan pintas untuk melepaskan diri dari bebanan tersebut

BIDANG-BIDANG BERISIKO DALAM KONTEKS TANJUNG MANIS INTEGRATED PORT SDN. BHD.

Berdasarkan penilaian risiko yang telah dijalankan, lima (5) bidang keutamaan yang terdedah pada risiko governans, integriti dan rasuah telah dikenalpasti.

1. PENGURUSAN KEWANGAN DAN PEROLEHAN/PEMBELIAN

Pengurusan kewangan dan perolehan/pembelian merujuk kepada pembelian bekalan, perkhidmatan dan kerja oleh TMP. Perolehan melibatkan sejumlah besar dana organisasi yang perlu dioptimumkan penggunaannya bagi kepentingan organisasi dan semua pihak yang terlibat. Perolehan merupakan salah satu bidang dalam TMP yang paling berisiko kepada ketirisan integriti dan gejala rasuah.

  • Pengurusan kewangan atau kewangan korporat. Fokus kepada keputusan yang berkaitan dengan jumlah dan jenis aset yang diperlukan, modal bagi memperolehi aset tersebut dan kaedah memaksimumkan penggunaan aset berkenaan.
  • Pasaran modal. Mengenai pasaran di mana kadar faedah, harga saham dan bon ditentukan. Ia juga berkait dengan institusi kewangan dan broker saham, bank dan bank pelaburan serta institusi yang berkait dengannya.

Kewangan merujuk kepada satu nilai aset berdasarkan aliran tunai pada masa depan. Pada amnya kewangan meliputi dua bidang utama iaitu:

2. PENGURUSAN KONTRAK

Pengurusan kontrak dalam konteks TMP merupakan proses mengurus pelaksanaan kontrak kerja, bekalan dan perkhidmatan berdasarkan syarat-syarat kontrak dari peringkat pengeluaran Surat Setuju Terima kepada kontraktor yang berjaya hinggalah ke Bayaran Muktamad. Borang-borang kontrak yang digunakan adalah bersesuaian dengan jenis-jenis kontrak/projek yang dilaksanakan.

3. PENGURUSAN PROJEK

Pengurusan projek merupakan kepada tatacara pengurusan sesuatu projek mulai daripada perancangan, pelaksanaan dan pemantauan sehingga projek berkenaan siap sepenuhnya. Projek adalah usaha bertempoh yang bertujuan menghasilkan produk, perkhidmatan atau hasil yang unik dengan permulaan dan akhir yang jelas yang memberi nilai tambah serta membawa perubahan serta memanfaatkan semua pihak berkepentingan.

4. PENGURUSAN ASET (JENTERA/KENDERAAN, FASILITI, BANGUNAN, STOR DAN ASET ORGANISASI)

Pengurusan aset didefinisikan sebagai suatu sistem di mana barangan atau aset yang mempunyai nilai bagi entiti atau kumpulan dipantau dan diselenggarakan. Ia merupakan proses sistematik bagi mengoperasi, mengekalkan, dan menaik taraf aset secara kos efektif. Dari segi konsep kejuruteraan, pengurusan aset adalah amalan pengurusan supaya pulangan terbesar dapat dicapai dan proses yang membina sistem kemudahan yang dipantau dan dikekalkan, dengan matlamat menyediakan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada pengguna.

5. TADBIR URUS

Tadbir urus merujuk kepada sistem peraturan, pengurusan dan pentadbiran di bawah seliaan TMP. Tadbir urus baik dapat membantu memastikan organisasi yang menggunakan dana organisasi diurus dengan cekap, berkesan dan mengutamakan kepentingan semua pihak dan pengguna sebagai pemegang taruh.


KERANGKA PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI TANJUNG MANIS INTEGRATED PORT SDN. BHD.

VISI
Melahirkan Warga TMP Yang Berintegriti Tinggi Dan Bebas Rasuah

MISI
Melaksanakan Tabdir Urus, Integriti Antirasuah Dan Penyampaian Perkhidmatan Yang Terbaik

MATLAMAT

  1. Tadbir Urus yang komprehensif
  2. Menutup ruang dan peluang salah laku rasuah
  3. Membudayakan amalan integriti dalam perkhidmatan di Organisasi

BIDANG KEUTAMAAN

  1. Pengurusan Kewangan dan Perolehan/Pembelian
  2. Pengurusan Kontrak
  3. Pengurusan Projek
  4. Pengurusan Aset (Jentera/Kenderaan, Fasiliti, Bangunan, Stor dan Aset Organisasi)
  5. Tadbir Urus

STRATEGI

  1. Mempertingkatkan keberkesanan dan ketulusan pengurusan kewangan dan perolehan/pembelian.
  2. Memperkukuhkan kecekapan pengurusan kontrak.
  3. Memperkukuhkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan projek.
  4. Memperkasakan Pematuhan Tatacara Pengurusan Aset (Jentera/Kenderaan, Fasiliti, Bangunan, Stor dan Aset Organisasi).
  5. Memperkasakan kecekapan penyampaian perkhidmatan (tadbir urus).


chart


certification

Home
  |   Webmail Login  
© 2024 Tanjung Manis Integrated Port Sdn Bhd. All Rights Reserved. | You are visitor no. : 59735326
This website is best viewed in 1280 x 800 pixels resolution with IE 8 & Firefox 12 | Website by Neudimenxion